Diambil dari blog Rausyanfikir.com, tulisan bertarikh 21 Januari 2008 Sosialisme dan Islam: Kesatuan menentang kezaliman Kapitalisme Golongan kapitalis tidak kenal anda ‘siapa’, tetapi kenal anda ‘apa’. Karl Marx, pernah berkata, Die Religion … ist das Opium des Volkes Religion is the opium of the people Agama merupakan candu buat masyarakat Tetapi jikalau beliau masih hidup pada 1979 dan menyaksikan salah satu sejarah dunia Islam yang agung iaitu Revolusi Iran, tentu beliau akan menarik balik kata-kata di atas. Bangsa yang ditindas oleh Shah Iran itu akhirnya bangkit dari akar umbi menumpaskan patung Amerika tersebut dengan kekuatan revolusi kelas dan tertindas dan Islam. Alangkah indahnya perjuangan menegakkan keadilan ini dimiliki semua golongan yang tertindas. Alangkah indahnya gerakan jikalau gerakan Islam dapat ‘berdakwah’ kepada jutaan golongan Marxist dan Sosialis bahawasanya Islam berkongsi roh perjuangan yang sama dengan mereka. Ala...
Mempertautkan antara Islam dan Sosialis kerana sesungguhnya Islam dan Sosialis itu adalah sangat dekat dan bersaudara.