Skip to main content

PSM, Islam dan Sosialisme (BHG 1)

Diterbitkan di Page Facebook Parti Sosialis Malaysia pada 3 Mei 2013





SOSIALISME DAN ISLAM PERNAH DAN TERUS BEKERJASAMA
Kami ingin menegaskan bahawa ajaran-ajaran Islam tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas sosialisme.

Islam hadir untuk merapikan akhlak dan membetulkan dacing kelas supaya kemewahan tidak berat sebelah bertompok kepada satu golongan semata-mata.

Sementara Sosialisme mengkehadapankan keprihatinan untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari kemelaratan dan kemiskinan, membasmi penindasan sosial dan membetulkan ketidakadilan berakibat dari imbangan kekayaan yang tidak merata.

Al-Qur’an menyatakan kekayaan yang tidak diurus dengan akhlak dan etika adalah salah satu punca penindasan dan keangkuhan. Allah berfirman dalam surah al-Qashash di ayat 76, terjemahannya:

“Sesungguhnya Qaarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) tatkala kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah (seperti lagakmu itu).”

Adalah jelas penentang Islam terdiri daripada golongan kaya yang korup dan mengamalkan rasuah dan mengelak dari keseimbangan kelas.

Allah berfirman lagi dalam ayat 34 surah Saba’, maksudnya: 


“Dan Kami tidak  mengutus kepada sesebuah negeri: Seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya”.

Ini menunjukkan bahawa konfrontasi antara para nabi dengan kumpulan lawannya adalah bukan sahaja konfrontasi antara iman dengan kekufuran, tetapi juga konfrontasi antara dua kelas sosial iaitu kelas tertindas dan kelas penindas.

Dalam hal ini Al-Qur’an merujuk kaum penindas sebagai mustakbirun dan kaum tertindas sebagai mustadh’afin. Perjuangan antara mustakbirun dan mustadh’afin ini akan terus berlangsung dan kaum mustadh’afin akan menjadi juara lantas mewarisi muka bumi ini.

Allah berfirman dalam surah al-Qasas ayat 5, terjemahannya: “Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, sertya hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya)”.

Hakikat bahawa Islam memihak kepada kaum kecil adalah jelas. Dalam hal ini kami ingin merujuk kepada kata-kata Dr Burhanuddin Al-Helmy, antara tokoh terawal Parti Islam Se-Malaysia tentang keintiman Sosialisme dan Islam:

“Kerana dasar ideologi politik itu daripada Al-Qur’an dan Sunnah, maka cita-cita negara Islam itu boleh dikatakan cita-cita ‘negara theocracy’; sebagai membandingkan negara theocracy Islam itu nyata bukan cara ‘theocracy’ yang difahamkan Barat. Jika teori sosialisme dan komunisme primitif itu menghendaki collective maka masyarakat primitif itu juga adalah ‘theocracy’; hal ini terbukti dalam sejarah. Maka Islam ada jua theocracy collective, atau theocracy socialism.”

Professor Tariq Ramadan, cucu kepada pengasas Ikhwanul Muslimin, as-Syahid Hassan al-Banna juga kerap menegaskan bahawa Islam sangat dekat dengan Sosialisme, sehingga beliau menyebut; 

“As a Muslim, I am close to socialism.”

Jika Islam memilih untuk melawan mustakbirun dalam kalangan korup, maka demikianlah juga yang diinginkan oleh Sosialisme.

Hal ini misalnya terlihat pada kata-kata Pengerusi PSM, Dr. Mohd Nasir Hashim bahawa Sosialisme berhasrat untuk menentang ekonomi yang mencerut dan bersiap untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari bencana ketamakan kekayaan seandainya sistem lapuk dan jahat ini runtuh;

Sesungguhnya persamaan yang menonjol antara Islam dan Sosialisme sangat banyak. Hakikat bahawa kedua-duanya Islam dan Sosialisme berhasrat untuk membendung cengkaman kaum mustakbirun adalah satu kenyataan yang memadai untuk berdialog dan bekerjasama.

Di peringkat global, Ikhwanul Muslimin sentiasa bekerjasama dengan puak sosialis dalam satu pakatan yang dinamai Cairo Anti-War Conference sejak 2002.

Solidariti antara kaum sosialis dan Islam sudah berlangsung, khususnya dalam melawan pelbagai bentuk hegemoni. Kumpulan sosialis adalah antara kumpulan yang aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di Palestin.

Pemimpin sosialis seperti Hugo Chavev dari Venezuela adalah antara figure yang tidak pernah berbelah bahagi mendokongi perjuangan rakyat Palestin seiring dengan kaum Muslim. HAMAS misalnya menyifatkan Chavev sebagai pejuang Palestin.

Dengan mengambil kira kerangka tahaluf siyasi antara dua Jemaah Islam yang berpengaruh di rantau Asia Barat tersebut, kami percaya dengan sesungguhnya bahawa semua rakyat Malaysia yang berperikemanusiaan boleh bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia dalam melawan tirani, rasuah, ketidakadilan dan pencabulan hak asasi manusia di negara ini.

Sesungguhnya adalah merupakan satu kerugian jika rasa curiga, tidak percaya dan sangkaan semata-mata antara seorang dua pemimpin Parti Islam Se-Malaysia yang kurang memahami initi sebenar Sosialisme dijadikan alasan untuk berselisih dengan Parti Sosialis Malaysia.

Satu-satunya pihak yang akan menang dan mendapat keuntungan dalam pertembungan ini adalah kaum mustakbirin korup yang berlonggok dalam sistem politik negara ini.

Dikeluarkan oleh:
1. Ahmad Fuad Rahmat
2. Anas Abdul Jalil
3. Anas Alam Faizli
4. Azrul Azwar Ahmad Tajudin
5. Fadiah Nadwa Fikri
6. Faisal Tehrani
7. Hamidah Merican
8. Hussain Sajad
9. Ineza Roussille
10. Lingswaran Singh
11. Marwan Bukhari
12. Masjaliza Hamzah
13. Norhayati Kaprawi
14. Ratna Osman
15. Rizal Hamdan
16. Rizqi Mukhriz
17. Ronasina
18. Teo Ken Lee
19. Zul Fikri Zamir

Comments

Popular posts from this blog

Antara Islam, Sosialisme dan Komunisme

(sumber gambar:  https://id.wikipedia.org/wiki/Berkas:PKI-1925-Commisariate_Batavia.jpg ) Ditulis oleh Muhammad Rezeki Febriyadi, 9 Jun 2019 di Kompasiana Kejadian malam jahanam yang bertepatan pada tanggal 30 September 1965 yang dilakukan oleh Partai Komunis Indonesia (PKI) membuat bangsa Indonesia mengalami trauma sejarah yang sangat mendalam terhadap aliran Sosialisme dan Komunisme. Bahkan banyak yang menganggap aliran Sosialisme dan Komunisme ini sangat bertentangan dengan Islam. Sebenarnya sebelum kita berpikir yang tidak-tidak terhadap dua paham tersebut, seharusnya kita meneliti dahulu apa itu Sosialisme, aliran Sosialisme dan tujuan Sosialisme itu sendiri, apakah itu bertentangan dengan Islam atau tidak dan begitu pula dengan Komunisme. Kata Sosialisme berasal dari socius kata Latin yang artinya teman dan Sosialisme sendiri dapat diterjemahkan menjadi persaudaraan manusia (H. Van Der Mandere, politieke encyclopedie, 1949). Sosialisme sendiri sebenarnya pada masa sekar...

Muat Turun Religion vs Religion Karya Ali Syari'ati.

Karya Ali Syari'ati, Religion vs Religion. Muat turun di sini .

Sosialisme dan Islam: Kesatuan Menentang Kezaliman Kapitalisme

Diambil dari blog Rausyanfikir.com, tulisan bertarikh 21 Januari 2008 Sosialisme dan Islam: Kesatuan menentang kezaliman Kapitalisme Golongan kapitalis tidak kenal anda ‘siapa’, tetapi kenal anda ‘apa’. Karl Marx, pernah berkata, Die Religion … ist das Opium des Volkes Religion is the opium of the people Agama merupakan candu buat masyarakat Tetapi jikalau beliau masih hidup pada 1979 dan menyaksikan salah satu sejarah dunia Islam yang agung iaitu Revolusi Iran, tentu beliau akan menarik balik kata-kata di atas. Bangsa yang  ditindas oleh Shah Iran itu akhirnya bangkit dari akar umbi menumpaskan patung Amerika tersebut dengan kekuatan revolusi kelas dan tertindas dan Islam. Alangkah indahnya perjuangan menegakkan keadilan ini dimiliki semua golongan yang tertindas. Alangkah indahnya gerakan jikalau gerakan Islam dapat ‘berdakwah’ kepada jutaan golongan Marxist dan Sosialis bahawasanya Islam berkongsi roh perjuangan yang sama dengan mereka. Ala...