Sosialisme dalam Islam (Bahagian Kedua) Sosialisme dalam Islam Pengarang : Dr Mustafa As – Siba’ie Penterjemah : H.A Karim Mukaddimah Cetakan Pertama (Bahagian Kedua) (Sila rujuk post sebelum ini) Dan telah muncul ramai ulama’ – ulama’ dan reformis – reformis semenjak dari zaman reformis agung era ini, Sayyid Jamaluddin Al – Afghani dan anak murid merangkap temannya, Imam Muhammad Abduh (semoga dirahmati Allah keduanya) sehingga ke zaman kita sekarang ini, yang mana mereka cuba untuk menyuluh kembali hakikat sebenar yang dijahilkan dan ditutup oleh pendakwah-pendakwah asing ke atas pemikiran rakyat rantau Timur, Arab dan Islam ini. Dan ini adalah sebagai usaha dalam mematangkan mereka dalam ledakan ilmu sekaligus menjadikan mereka mampu menjawab segala perkara yang batil dan mendedahkan keburukan dan kepalsuannya serta akhirnya mampu menyinarkan kembali kecantikan hakikat sebenar Islam. Dan hari ini apabila saya ingin mengemukakan suatu perbahasan ...
Mempertautkan antara Islam dan Sosialis kerana sesungguhnya Islam dan Sosialis itu adalah sangat dekat dan bersaudara.