Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Muat Turun Religion vs Religion Karya Ali Syari'ati.

Karya Ali Syari'ati, Religion vs Religion. Muat turun di sini .

Sosialisme dan Islam: Kesatuan Menentang Kezaliman Kapitalisme

Diambil dari blog Rausyanfikir.com, tulisan bertarikh 21 Januari 2008 Sosialisme dan Islam: Kesatuan menentang kezaliman Kapitalisme Golongan kapitalis tidak kenal anda ‘siapa’, tetapi kenal anda ‘apa’. Karl Marx, pernah berkata, Die Religion … ist das Opium des Volkes Religion is the opium of the people Agama merupakan candu buat masyarakat Tetapi jikalau beliau masih hidup pada 1979 dan menyaksikan salah satu sejarah dunia Islam yang agung iaitu Revolusi Iran, tentu beliau akan menarik balik kata-kata di atas. Bangsa yang  ditindas oleh Shah Iran itu akhirnya bangkit dari akar umbi menumpaskan patung Amerika tersebut dengan kekuatan revolusi kelas dan tertindas dan Islam. Alangkah indahnya perjuangan menegakkan keadilan ini dimiliki semua golongan yang tertindas. Alangkah indahnya gerakan jikalau gerakan Islam dapat ‘berdakwah’ kepada jutaan golongan Marxist dan Sosialis bahawasanya Islam berkongsi roh perjuangan yang sama dengan mereka. Alangka

PSM, Islam dan Sosialisme (BHG 1)

Diterbitkan di Page Facebook Parti Sosialis Malaysia pada 3 Mei 2013 SOSIALISME DAN ISLAM PERNAH DAN TERUS BEKERJASAMA Kami ingin menegaskan bahawa ajaran-ajaran Islam tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas sosialisme. Islam hadir untuk merapikan akhlak dan membetulkan dacing kelas supaya kemewahan tidak berat sebelah bertompok kepada satu golongan semata-mata. Sementara Sosialisme mengkehadapankan keprihatinan untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari kemelaratan dan kemiskinan, membasmi penindasan sosial dan membetulkan ketidakadilan berakibat dari imbangan kekayaan yang tidak merata. Al-Qur’an menyatakan kekayaan yang tidak diurus dengan akhlak dan etika adalah salah satu punca penindasan dan keangkuhan. Allah berfirman dalam surah al-Qashash di ayat 76, terjemahannya: “Sesungguhnya Qaarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-a

Tjokroaminoto – Pencetus Pemikiran Sosialis Islam

(artikel dari IRF) June 25, 2018 by Ahmad Nabil Amir “Saya tidak dapat melupakan Allahyarham H.O.S. Tjokroaminoto yang mulai menunjukkan pandangan Islam dari segi ilmu pengetahuan Barat, ketika beliau mengajarkan “Islam dan Sosialisme” kepada kami ketika saya datang ke Yogyakarta pada tahun 1924.” [Hamka,  Falsafah Hidup , vii] Haji Umar Said Tjokroaminoto (1882-1934) dilahirkan pada 16 Ogos 1882 di desa Bakur, Madiun, Jawa Timur. Beliau merupakan seorang pelopor dan pemimpin utama dalam Sarekat Islam (1912), dan telah memainkan peranan penting dalam mengembang dan memperluaskan pengaruhnya yang berhasil membawa Sarekat Islam sebagai organisasi pergerakan nasional yang terbesar pada masanya, yang telah meninggalkan kesan yang menentukan dalam sejarah perjuangan bangsa, dengan ketinggian aspirasi dan filsafat sosial yang mengilhamkan yang diusungnya. Latar Belakang  H.O.S. Tjokroaminoto merupakan anak kedua daripada dua belas bersaudara. Merupakan puter

Islam dan Sosialisme (Mustafa As-Siba'ie) BHG 2

Sosialisme dalam Islam (Bahagian Kedua) Sosialisme dalam Islam Pengarang : Dr Mustafa As – Siba’ie Penterjemah : H.A Karim Mukaddimah Cetakan Pertama (Bahagian Kedua) (Sila rujuk  post  sebelum ini) Dan telah muncul ramai ulama’ – ulama’ dan reformis – reformis semenjak dari zaman reformis agung era ini, Sayyid Jamaluddin Al – Afghani dan anak murid merangkap temannya, Imam Muhammad Abduh (semoga dirahmati Allah keduanya) sehingga ke zaman kita sekarang ini, yang mana mereka cuba untuk menyuluh kembali hakikat sebenar yang dijahilkan dan ditutup oleh pendakwah-pendakwah asing ke atas pemikiran rakyat rantau Timur, Arab dan Islam ini. Dan ini adalah sebagai usaha dalam mematangkan mereka dalam ledakan ilmu sekaligus menjadikan mereka mampu menjawab segala perkara yang batil dan mendedahkan keburukan dan kepalsuannya serta akhirnya mampu menyinarkan kembali kecantikan hakikat sebenar Islam. Dan hari ini apabila saya ingin mengemukakan suatu perbahasan (Sosialis