Skip to main content

Islam dan Sosialisme (Mustafa As-Siba'ie) BHG 2



Sosialisme dalam Islam (Bahagian Kedua)
Sosialisme dalam Islam
Pengarang : Dr Mustafa As – Siba’ie
Penterjemah : H.A Karim
Mukaddimah Cetakan Pertama (Bahagian Kedua)

(Sila rujuk post sebelum ini)

Dan telah muncul ramai ulama’ – ulama’ dan reformis – reformis semenjak dari zaman reformis agung era ini, Sayyid Jamaluddin Al – Afghani dan anak murid merangkap temannya, Imam Muhammad Abduh (semoga dirahmati Allah keduanya) sehingga ke zaman kita sekarang ini, yang mana mereka cuba untuk menyuluh kembali hakikat sebenar yang dijahilkan dan ditutup oleh pendakwah-pendakwah asing ke atas pemikiran rakyat rantau Timur, Arab dan Islam ini. Dan ini adalah sebagai usaha dalam mematangkan mereka dalam ledakan ilmu sekaligus menjadikan mereka mampu menjawab segala perkara yang batil dan mendedahkan keburukan dan kepalsuannya serta akhirnya mampu menyinarkan kembali kecantikan hakikat sebenar Islam.

Dan hari ini apabila saya ingin mengemukakan suatu perbahasan (Sosialisme dalam Islam), saya mengharapkan bahawa akan ada untuk saya ganjaran di sisi Allah S.W.T di atas khidmat saya ini dalam usaha menangkis kebatilan dan menjelaskan keraguan dan juga menyeru kepada jalan Allah dengan hikmah dan seruan yang baik.

Sebelum saya terjun ke dalam kabut permasalahan yang akan saya bincangkan dalam buku ini nanti, ingin saya titipkan sedikit nota :

Pertama
Saya telah menamakan undang – undang dan hukum – hukum yang datang dalam Islam dalam mengurus pemilikan harta dan tanggungjawab sosial dengan (Sosialisme dalam Islam), dan saya mengetahui bahawa ada sesetengah orang tidak menggemari nama ini, kerana bagi mereka sosialisme  tidak lebih daripada trend atau fesyen ekonomi zaman ini, maka tidak boleh kita segera mengatakan bahawa sosialisme itu Islam, memandangkan 'fesyen' atau 'trend' ekonomi ini boleh sahaja digantikan dengan 'fesyen' dan 'trend' ekonomi yang lain pada masa hadapan. Maka kami terpaksa mengubahnya kepada 'Sosialisme dalam Islam'. Dan di sana terdapat mereka yang berhati-hati dalam mengatakan sosialisme itu Islam kerana mereka takut akan penguasa-penguasa dan pendakwah-pendakwah dalam ideologi sosialisme khususnya komunisme mengambil kesempatan daripada mereka dengan menyeru orang ramai kepada ideologi mereka hasil daripada pemahaman tersebut. Selain daripada itu, kita juga telah mengetahui bahawa Islam itu adalah sebuah sistem yang berdikari, berdiri dengan zatnya yang tersendiri, dan Allah telah menamakannya dengan Islam, maka tidak perlulah kita menamakannya dengn nama lain yang baru!

Dan ada sebahagian daripada manusia yang menyangkal bahawa dalam Islam ada tanda – tanda yang cenderung terhadap sosialisme; mengatakan bahawa itu semua adalah penyelewengan terhadap reputasi dan nama baiknya sahaja dan bukanlah suatu penghormatan bahkan pemalingan daripada unsur sosialisme itu sendiri, dan ini adalah seperti pandangan para komunis yang mana kepentingan kepartian mereka mewajibkan ke atas mereka suapaya meyakini dalam fikiran mereka bahwa komunisme itu adalah satu-satunya jenis sosialime yang benar, dan apa yang selainnya adalah palsu dan salah. Bahkan lebih jauh, ada sesetengah daripada mereka mengira bahawa Islam itu adalah agama kapitalis! Dan mereka semua itu adalah mereka yang jahil dan tidak tahu tentang Islam walaupun sebahagian daripada mereka menyukai akan agama ini! Ada juga sebahagian daripada yang lain mengatakan bahawa Islam ini adalah suatu servis kepada Barat, dan yang berlegar-legar mengelilingi orbitnya adalah golongan-golongan kaya, golongan yang mempunyai kemewahan dan harta yang banyak yang mana menjadikan agama sebagai komoditi, atau lebih mudah kita kenali sebagai peniaga agama, yang meletakkan diri mereka sebagai khidmat kepada yang menbayarnya.

Sesungguhnya saya memilih pendapat bahawa sosialisme ada dalam Islam walaupun ada sesetengah yang tidak menggemarinya kerana saya berpendapat sosialisme adalah suatu 'fesyen' atau 'trend' yang tidak akan hilang ditelan zaman, bahkan ia cenderung kepada unsur kemanusiaan yang mana dipaparkan dalam ajaran Nabi – Nabi dan usaha – usaha para reformis semenjak zaman – berzaman. Masyarakat pada zaman ini mulai ingin mengukuhkan kembali fahaman ini bagi membebaskan mereka daripada kepedihan dan kejerihan akan kezaliman yang berlaku dalam masyarakat dan perbezaan darjat yang buruk sesama mereka, Dan bukanlah objektif atau hakikat sebenar sosialisme itu adalah sekadar (pemiliknegaraan) atau (menghapuskan kapitalisme) atau (menentukan hak milik) ataupun (penambahbaikan cukai), tetapi itu semua adalah jalan yang dipandang oleh para penggiatnya sebagai cara dan kaedah yang betul dalam mengukuhkan objektif sosialisme.

Daripada jalan – jalan yang berbeza dalam menentukan objektif sosialisme tadi, dapatlah kita rumuskan bahawa objektif utamanya adalah untuk menghalang individu daripada pengeksploitasian modal secara total dalam memperolehi kemewahan di atas kesengsaraan orang lain, juga sebagai pengawasan negara ke atas aktiviti – aktiviti ekonomi individu di samping menjaganya, dan juga mengukuhkan solidariti atau tanggungjawab sosial di antara rakyat dengan cara menghapuskan kemiskinan, kekurangan, perbezaan kemewahan yang teruk yang berkait rapat dengan kelaparan, kefakiran, penderitaan dan penghinaan yang seiring dengan kemewahan, kezaliman, dan pereputan etika.

Dan saya merasakan bahawa sesiapa sahaja yang mengetahui tentang agama Islam ini dan memahami akan ruh serta esensinya dengan betul tidak akan mengingkari bahawa agama ini sememangnya mengambil kira akan objektif yang ditekankan dalam sosialisme sebagaimana yang saya sebutkan tadi dalam syariatnya. Bahkan, Islam juga mencuba untuk mengukuhkannya dengan sebaik – baik keadaan. Oleh hal yang demikian, dapatlah kita rumuskan bahawa ia tidak mampu lari daripada konteks kemanusiaan dan kekeliruan serta kabut permasalahan akan sentiasa berlaku selagimana kita tidak mencuba untuk menuju ke arahnya. Sesungguhnya menjadi suatu pemalingan daripada agama Allah serta suatu kezaliman kepada syariat Islam jika kita mengingkari esensi yang ada pada sosialisme yang turut ada pada Islam, atau kita sengaja mencuba untuk menjauhinya secara buta, tanpa memahami, esensi serta nilai yang ada di dalamnya.

Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman ini, manusia, tidak kira dari pelbagai ceruk rantau bersesak – sesak dalam memegang pegangan sosialisme mereka; berusaha dalam keadaan mereka yakin bahawa itu sahaja jalan yang satu dalam merealisasikan objektif mereka yang kita bincangkan sebentar tadi. Iaitu, jalan sosialis. Maka apakah tidak wajib ke atas kita untuk menunjukkan kepada mereka jalan atau alternatif lain yang mereka tidak tahu? Dan ia adalah alternatif yang lebih sempurna kaedahnya, lebih banyak integriti serta nilainya, dan jauh daripada segala kekurangan yang ada dalam fikrah sosialisme! Maka apakah orang-orang yang mengatakan bahawa hakikat kebenaran sebenar di tangannya lakukan ketika manusia mencari-cari akannya? 

Tidakkah mereka mencuba untuk menarik perhatian mereka yang mencarinya? Maka kenapakah kita masih lagi lengah dalam tindakan kita menarik masyarakat ke arah cara Islam dalam merealisasikan objektif itu yang mana juga merupakan objektif yang disepakati oleh seluruh manusia dari sepanjang zaman?

Maka apa yang kami paparkan dalam perbahasan – perbahasan buku ini adalah mengenai syariat Islam yang datang dalam merealisasikan objektif sebenar yang kita bincangkan tadi. Tidak ada sebarang penambahan mahupun penyelewengan di dalamnya, bahkan ia adalah hasil daripada pengukuhan teori – teori dalam hukum – hukum fikah, serta bukti – bukti praktikal hasil daripada sejarah kerajaan – kerajaan Islam dari pelbagai zaman. Jika dikira melalui istilah, maka ada yang menamakannya sebagai 'keadilan masyarakat', 'tanggungjawab sosial', ataupun 'pemerangan kemiskinan' atau apa sahaja yang menyerupainya. Walaubagaimanapun kami akan menamakannya dengan nama yang mana sesuai dan disukai dengan masyarakat, tidak kiralah apa sahaja, kerana yang penting ia membebaskan masyarakat daripada ketidakadilan ekonomi dan sosial, bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam Al-Quran 

[Dan serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik] - Al-Isra' : 125.

Dan apakah hikmah jika ia tidak menyeru manusia ke jalan yang benar dan baik dengan kaedah yang disifatkan padanya dan disukai olehnya?

Comments

Popular posts from this blog

Antara Islam, Sosialisme dan Komunisme

(sumber gambar:  https://id.wikipedia.org/wiki/Berkas:PKI-1925-Commisariate_Batavia.jpg ) Ditulis oleh Muhammad Rezeki Febriyadi, 9 Jun 2019 di Kompasiana Kejadian malam jahanam yang bertepatan pada tanggal 30 September 1965 yang dilakukan oleh Partai Komunis Indonesia (PKI) membuat bangsa Indonesia mengalami trauma sejarah yang sangat mendalam terhadap aliran Sosialisme dan Komunisme. Bahkan banyak yang menganggap aliran Sosialisme dan Komunisme ini sangat bertentangan dengan Islam. Sebenarnya sebelum kita berpikir yang tidak-tidak terhadap dua paham tersebut, seharusnya kita meneliti dahulu apa itu Sosialisme, aliran Sosialisme dan tujuan Sosialisme itu sendiri, apakah itu bertentangan dengan Islam atau tidak dan begitu pula dengan Komunisme. Kata Sosialisme berasal dari socius kata Latin yang artinya teman dan Sosialisme sendiri dapat diterjemahkan menjadi persaudaraan manusia (H. Van Der Mandere, politieke encyclopedie, 1949). Sosialisme sendiri sebenarnya pada masa sekarang

Hubungan antara Islam dan Sosialisme (Syed Farid Alatas)

  (Syed Farid Alatas) Ditulis oleh Syed Farid Alatas dan disiarkan di Free Malaysia Today, bertarikh 23 September 2020 Islam tidak menentukan sistem atau aturan ekonomi politik yang seharusnya diamalkan umatnya. Yang ditentukan dan digalakkan Islam adalah suatu sistem adab dan akhlak yang seharusnya menggarisbawahi mana-mana dan setiap sistem ekonomi politik yang didirikan masyarakat Islam. Dalam sejarah Islam, wujud pelbagai sistem ekonomi politik dari zaman Rasulullah hingga sekarang. Pada awal perkembangan masyarakat Islam di Mekah dan Madinah, sistem ekonomi politiknya terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 jenis, iaitu sistem atau ragam pengeluaran komoditi skala kecil dan ragam pengeluaran pengembara pastoral. Pada zaman Khilafah Uthmaniyah, Empayar Safawiyah dan Kesultanan Melaka pada zaman pra-moden, sistem ekonomi politiknya dicirikan, pada umumnya, oleh ragam pengeluaran perlungguhan. Pada zaman sekarang pula, kebanyakan negara Islam mengamalkan sistem kapitalisme atau ragam p

Kassim Ahmad, sosialis tegar, Muslim yang tidak difahami

Oleh: Soo Wern Jun (Disiar di FMT) 22 Jan 2018 PETALING JAYA: Ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali masih ingat perbualannya dengan Kassim Ahmad, ketika kedua-dua mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1970-an. Sabtu lalu, Syed Husin mengenang semula tokoh itu pada sebuah majlis mengingati Kassim, yang meninggal dunia Oktober lalu. Menurutnya, pandangan politik dan agama cendekiawan kontroversi itu menjadi lebih radikal ketika ditahan di bawah ISA. Dr. Syed Husin Ali (2 dari kiri) bersama panelis lain pada majlis mengenang Kassim Ahmad, di kedai buku Gerakbudaya di Petaling Jaya, pada 20 Jan, 2018. Syed Husin ditahan di pusat tahanan ISA di Kamunting, Perak, selama 6 tahun dari 1974. Kassim ditangkap kira-kira 2 tahun kemudian dan dibebaskan pada 1981, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. Di Kamunting, Syed Husin dan Kassim kerap mengadakan perbincangan panjang, dan mereka juga tidak setuju