Diterbitkan di Page Facebook Parti Sosialis Malaysia pada 3 Mei 2013 SOSIALISME DAN ISLAM PERNAH DAN TERUS BEKERJASAMA Kami ingin menegaskan bahawa ajaran-ajaran Islam tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas sosialisme. Islam hadir untuk merapikan akhlak dan membetulkan dacing kelas supaya kemewahan tidak berat sebelah bertompok kepada satu golongan semata-mata. Sementara Sosialisme mengkehadapankan keprihatinan untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari kemelaratan dan kemiskinan, membasmi penindasan sosial dan membetulkan ketidakadilan berakibat dari imbangan kekayaan yang tidak merata. Al-Qur’an menyatakan kekayaan yang tidak diurus dengan akhlak dan etika adalah salah satu punca penindasan dan keangkuhan. Allah berfirman dalam surah al-Qashash di ayat 76, terjemahannya: “Sesungguhnya Qaarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-a...
Mempertautkan antara Islam dan Sosialis kerana sesungguhnya Islam dan Sosialis itu adalah sangat dekat dan bersaudara.