Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Feudalisme

Kassim Ahmad, sosialis tegar, Muslim yang tidak difahami

Oleh: Soo Wern Jun (Disiar di FMT) 22 Jan 2018 PETALING JAYA: Ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali masih ingat perbualannya dengan Kassim Ahmad, ketika kedua-dua mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1970-an. Sabtu lalu, Syed Husin mengenang semula tokoh itu pada sebuah majlis mengingati Kassim, yang meninggal dunia Oktober lalu. Menurutnya, pandangan politik dan agama cendekiawan kontroversi itu menjadi lebih radikal ketika ditahan di bawah ISA. Dr. Syed Husin Ali (2 dari kiri) bersama panelis lain pada majlis mengenang Kassim Ahmad, di kedai buku Gerakbudaya di Petaling Jaya, pada 20 Jan, 2018. Syed Husin ditahan di pusat tahanan ISA di Kamunting, Perak, selama 6 tahun dari 1974. Kassim ditangkap kira-kira 2 tahun kemudian dan dibebaskan pada 1981, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. Di Kamunting, Syed Husin dan Kassim kerap mengadakan perbincangan panjang, dan mereka juga tidak setuju...

Islam dan Sosialisme (Mustafa As-Siba'ie) BHG 1

Islam dan Sosialisme Pengarang : Dr Mustafa As-Siba'ie Penterjemah : H.A Karim Mukaddimah Cetakan Pertama (Bahagian Satu) Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan selawat serta salam ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas semua saudaranya daripada kalangan Rasul – rasul dan Nabi – nabi dengan seruan kebaikan, kebenaran dan kebajikan, dan selawat dan salam juga ke atas mereka yang mengikuti para Rasul – rasul dan Nabi – nabi dan mengamalkan apa yang diajar dengan petunjuk dan tunjuk ajar daripada mereka. Sesungguhnya permasalahan kefakiran, kemiskinan, kelaparan, dan kekurangan di kalangan manusia masih lagi menjadi antara masalah kehidupan yang membimbangkan semenjak zaman yang terdahulu lagi. Dan telah menjadi tugas para Rasul, Nabi, dan juga reformis – reformis  dari pelbagai zaman semenjak dahulu dalam menyeru kepada keadilan di kalangan mereka yang tidak bernasib baik, bersikap dengan sifat kasih sayang kepada golongan fakir miskin, sekaligus be...