Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sarekat Islam

Sosialisme dan Islam: Kesatuan Menentang Kezaliman Kapitalisme

Diambil dari blog Rausyanfikir.com, tulisan bertarikh 21 Januari 2008 Sosialisme dan Islam: Kesatuan menentang kezaliman Kapitalisme Golongan kapitalis tidak kenal anda ‘siapa’, tetapi kenal anda ‘apa’. Karl Marx, pernah berkata, Die Religion … ist das Opium des Volkes Religion is the opium of the people Agama merupakan candu buat masyarakat Tetapi jikalau beliau masih hidup pada 1979 dan menyaksikan salah satu sejarah dunia Islam yang agung iaitu Revolusi Iran, tentu beliau akan menarik balik kata-kata di atas. Bangsa yang  ditindas oleh Shah Iran itu akhirnya bangkit dari akar umbi menumpaskan patung Amerika tersebut dengan kekuatan revolusi kelas dan tertindas dan Islam. Alangkah indahnya perjuangan menegakkan keadilan ini dimiliki semua golongan yang tertindas. Alangkah indahnya gerakan jikalau gerakan Islam dapat ‘berdakwah’ kepada jutaan golongan Marxist dan Sosialis bahawasanya Islam berkongsi roh perjuangan yang sama dengan mereka. Ala...

Tjokroaminoto – Pencetus Pemikiran Sosialis Islam

(artikel dari IRF) June 25, 2018 by Ahmad Nabil Amir “Saya tidak dapat melupakan Allahyarham H.O.S. Tjokroaminoto yang mulai menunjukkan pandangan Islam dari segi ilmu pengetahuan Barat, ketika beliau mengajarkan “Islam dan Sosialisme” kepada kami ketika saya datang ke Yogyakarta pada tahun 1924.” [Hamka,  Falsafah Hidup , vii] Haji Umar Said Tjokroaminoto (1882-1934) dilahirkan pada 16 Ogos 1882 di desa Bakur, Madiun, Jawa Timur. Beliau merupakan seorang pelopor dan pemimpin utama dalam Sarekat Islam (1912), dan telah memainkan peranan penting dalam mengembang dan memperluaskan pengaruhnya yang berhasil membawa Sarekat Islam sebagai organisasi pergerakan nasional yang terbesar pada masanya, yang telah meninggalkan kesan yang menentukan dalam sejarah perjuangan bangsa, dengan ketinggian aspirasi dan filsafat sosial yang mengilhamkan yang diusungnya. Latar Belakang  H.O.S. Tjokroaminoto merupakan anak kedua daripada dua belas bersaudara. Merupa...