Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Arab

PSM, Islam dan Sosialisme (BHG 1)

Diterbitkan di Page Facebook Parti Sosialis Malaysia pada 3 Mei 2013 SOSIALISME DAN ISLAM PERNAH DAN TERUS BEKERJASAMA Kami ingin menegaskan bahawa ajaran-ajaran Islam tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas sosialisme. Islam hadir untuk merapikan akhlak dan membetulkan dacing kelas supaya kemewahan tidak berat sebelah bertompok kepada satu golongan semata-mata. Sementara Sosialisme mengkehadapankan keprihatinan untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari kemelaratan dan kemiskinan, membasmi penindasan sosial dan membetulkan ketidakadilan berakibat dari imbangan kekayaan yang tidak merata. Al-Qur’an menyatakan kekayaan yang tidak diurus dengan akhlak dan etika adalah salah satu punca penindasan dan keangkuhan. Allah berfirman dalam surah al-Qashash di ayat 76, terjemahannya: “Sesungguhnya Qaarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-a...

Islam dan Sosialisme (Mustafa As-Siba'ie) BHG 2

Sosialisme dalam Islam (Bahagian Kedua) Sosialisme dalam Islam Pengarang : Dr Mustafa As – Siba’ie Penterjemah : H.A Karim Mukaddimah Cetakan Pertama (Bahagian Kedua) (Sila rujuk  post  sebelum ini) Dan telah muncul ramai ulama’ – ulama’ dan reformis – reformis semenjak dari zaman reformis agung era ini, Sayyid Jamaluddin Al – Afghani dan anak murid merangkap temannya, Imam Muhammad Abduh (semoga dirahmati Allah keduanya) sehingga ke zaman kita sekarang ini, yang mana mereka cuba untuk menyuluh kembali hakikat sebenar yang dijahilkan dan ditutup oleh pendakwah-pendakwah asing ke atas pemikiran rakyat rantau Timur, Arab dan Islam ini. Dan ini adalah sebagai usaha dalam mematangkan mereka dalam ledakan ilmu sekaligus menjadikan mereka mampu menjawab segala perkara yang batil dan mendedahkan keburukan dan kepalsuannya serta akhirnya mampu menyinarkan kembali kecantikan hakikat sebenar Islam. Dan hari ini apabila saya ingin mengemukakan suatu perbahasan ...