Skip to main content

Posts

Showing posts with the label PSRM

PSM, Islam dan Sosialisme (BHG 1)

Diterbitkan di Page Facebook Parti Sosialis Malaysia pada 3 Mei 2013 SOSIALISME DAN ISLAM PERNAH DAN TERUS BEKERJASAMA Kami ingin menegaskan bahawa ajaran-ajaran Islam tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip asas sosialisme. Islam hadir untuk merapikan akhlak dan membetulkan dacing kelas supaya kemewahan tidak berat sebelah bertompok kepada satu golongan semata-mata. Sementara Sosialisme mengkehadapankan keprihatinan untuk menyelamatkan anggota masyarakat dari kemelaratan dan kemiskinan, membasmi penindasan sosial dan membetulkan ketidakadilan berakibat dari imbangan kekayaan yang tidak merata. Al-Qur’an menyatakan kekayaan yang tidak diurus dengan akhlak dan etika adalah salah satu punca penindasan dan keangkuhan. Allah berfirman dalam surah al-Qashash di ayat 76, terjemahannya: “Sesungguhnya Qaarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-a...

Kassim Ahmad, sosialis tegar, Muslim yang tidak difahami

Oleh: Soo Wern Jun (Disiar di FMT) 22 Jan 2018 PETALING JAYA: Ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali masih ingat perbualannya dengan Kassim Ahmad, ketika kedua-dua mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1970-an. Sabtu lalu, Syed Husin mengenang semula tokoh itu pada sebuah majlis mengingati Kassim, yang meninggal dunia Oktober lalu. Menurutnya, pandangan politik dan agama cendekiawan kontroversi itu menjadi lebih radikal ketika ditahan di bawah ISA. Dr. Syed Husin Ali (2 dari kiri) bersama panelis lain pada majlis mengenang Kassim Ahmad, di kedai buku Gerakbudaya di Petaling Jaya, pada 20 Jan, 2018. Syed Husin ditahan di pusat tahanan ISA di Kamunting, Perak, selama 6 tahun dari 1974. Kassim ditangkap kira-kira 2 tahun kemudian dan dibebaskan pada 1981, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. Di Kamunting, Syed Husin dan Kassim kerap mengadakan perbincangan panjang, dan mereka juga tidak setuju...