Skip to main content

Islam dan Sosialisme (Mustafa As-Siba'ie) BHG 1

Islam dan Sosialisme

Pengarang : Dr Mustafa As-Siba'ie
Penterjemah : H.A Karim
Mukaddimah Cetakan Pertama (Bahagian Satu)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, dan selawat serta salam ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas semua saudaranya daripada kalangan Rasul – rasul dan Nabi – nabi dengan seruan kebaikan, kebenaran dan kebajikan, dan selawat dan salam juga ke atas mereka yang mengikuti para Rasul – rasul dan Nabi – nabi dan mengamalkan apa yang diajar dengan petunjuk dan tunjuk ajar daripada mereka.

Sesungguhnya permasalahan kefakiran, kemiskinan, kelaparan, dan kekurangan di kalangan manusia masih lagi menjadi antara masalah kehidupan yang membimbangkan semenjak zaman yang terdahulu lagi. Dan telah menjadi tugas para Rasul, Nabi, dan juga reformis – reformis  dari pelbagai zaman semenjak dahulu dalam menyeru kepada keadilan di kalangan mereka yang tidak bernasib baik, bersikap dengan sifat kasih sayang kepada golongan fakir miskin, sekaligus berusaha mengangkat kezaliman sosial daripada atas bahu mereka.

Sepertimana yang kita tahu, pada kurun Pertengahan, Eropah telah hidup dalam suatu zaman kegelapan yang menyebabkan mereka berada jauh terkebelakang dari sudut perkembangan pemikiran dan juga sosial. Keadaan mereka amat berbeza sekali dengan keadaan umat Islam yang pada waktu itu jika dilihat daripada segi tamadun dan ekonomi mereka sangat pesat berkembang beserta dengan organisasi sosial mereka yang memaparkan sikap kasih sayang, kerjasama, dan juga kebertanggungjawaban sosial dengan baik di kalangan mereka.

Eropah kemudian terus berada dalam keadaan ini sehinggalah mereka mulai bersikap celik mata terhadap keindahan tamadun umat Islam yang kemudiannya membolehkan mereka memecahkan rantai dan ikatan yang membelenggu mereka selama ini. Hasilnya, mereka mulai berkembang pesat sekaligus melahirkan Eropah Moden. Dan ironinya, semasa zaman ini, kita (umat Islam) pula mulai berada dalam keadaan terkebelakang, penuh dengan perpecahan sesama kita, sehingga membawa kepada kuasa Barat mengambil alih kawasan-kawasan Islam, dan meluaskan pengaruh kolonialisasi mereka ke atasnya dengan segenap kuasa yang mereka ada.

Kita juga menyaksikan Eropah pada kurun ke sembilan belas dan sekarang (buku ini dikarang pada tahun 1959) mempunyai gerakan-gerakan pemikiran dan politik yang pelbagai yang mana kesemuanya berhasrat memulihkan masalah ketidakadilan masyarakat di negara-negara mereka dan membasuh luka rakyat jelata akibat daripada terbakar dengan neraka ketidakadilan sosial dan juga api – api kemiskinan, kelaparan dan kekurangan di kalangan mereka.

Bahkan telah tercatat dalam sejarah, ada di antara mereka yang telah berjaya dalam mendirikan negara mereka berdasarkan pegangan pemikiran mereka yang mereka bertuhankan. Ada juga sebahagian daripada mereka juga telah berjaya membawa pemikiran mereka ke dalam kerajaan – kerajaan dunia yang mula mengutamakan keadilan kepada golongan yang kurang bernasib baik, golongan petani dan buruh dan sebagainya sebagai sebahagian daripada undang – undang baru mereka. Ini dilakukan dengan cara memperjuangkan gaji mereka yang terhad, memenuhi keinginan mereka untuk menikmati hasil kekayaan negara yang melimpah – luah bermodalkan tanah – tanah yang luas, di samping undang – undang pengawasan negara ke atas harta kapital dan arah perbelanjaannya.

Kita juga bersetuju bahawa dengan kealpaan dan sikap tidak ambil tahu kita daripada kebisingan dan kemajuan tamadun Barat Moden yang kaya dengan pelbagai ciptaan dan kemajuannya menyebabkan kita (masyarakat Arab Islam)  telah berada pada tahap kehidupan yang lebih rendah daripada apa yang dituntut daripada kehidupan seorang manusia yang mulia, dan lebih rendah daripada tahap hidup sesebuah tamadun masyarakat Barat. Dan kita juga dapat menyaksikan, peredaran aliran-aliran yang menyeru kepada reformasi dan pembaharuan yang beroriginasikan Barat semenjak dua kurun yang lalu, dan semakin lama semakin kuat khususnya pada pertengahan kurun ke sembilan belas ini, sehinggalah menjadi salah satu asas perundangan mereka semenjak awal kurun ke – 20  hingga ke pertengahannya sekarang ini.

Sepertimana golongan yang lemah terpesona dengan apa yang ada di kalangan golongan yang kuat, maka begitulah juga dengan gerakan – gerakan pemikiran kebudayaan dan pendidikan di alam Arab kita ini terpengaruh dan terpesona dengan pemikiran kebudayaan dan pendidikan yang ada di Eropah. Kekaguman mereka ini walaubagaimanapun turut disertai dengan kabut ketidakyakinan dengan apa yang ada  di tangan mereka daripada segi warisan akidah dan tamadun Islam dan kebaikannya untuk manusia moden dan kebolehan dan kesesuaiannya dengan segala perkara yang berkait dengan kehidupan khususnya dari sudut ekonomi dan sara hidup.

Bahkan turut meresap dalam pemikiran sesetengah daripada kita fikrah – fikrah busuk yang menggesa kepada pembebasan, kemajuan, dengan mengatakan bahawa agama yang kita anuti ini adalah penyebab kepada ketinggalan kita selama ini.

Bahkan ada yang mengatakan bahawa agama yang kita pegang selama ini merupakan candu dan dadah kepada rakyat sekaligus berfungsi menjadikan kita sebagai hamba kepada kapitalisme dan feudalisme yang merupakan asas kepada kolonialisasi.

Dan kita mengucapkan syukur kepada Allah, kerana suara – suara suara kemungkaran ini yang menunjukkan kejahilan ilmu baik dari segi saintifik mahupun sejarah yang jelas, telahpun mulai bersinar malap sedikit demi sedikit semenjak bebasnya budaya kita daripada orientasi dan pengaruh kolonialisasi khususnya dalam pendidikan negara (Syria) kita ini. Kita kemudiannya telah berjaya untuk memulakan kajian yang lebih mendalam tentang akidah dan warisan kita ini dalam melahirkan intelektual yang gemilang.

Walaubagaimanapun, perjalanan dan perkembangan dunia yang semakin lama semakin pesat ini menjadikan suara – suara munkar ini  kuat - bukan dalam negara- tetapi di luar negara dengan menjadikan seruan – seruannya mewujudkan ruang untuk menukar sisi pandang manusia daripada hakikat sebenar yang mereka tidak tahu kepada kebodohan yang mereka pakaikan  pakaian hakikat di sesetengah negara dan juga pada sebahagian manusia yang mana menyokong suara-suara ini dengan pengaruh dan kuasa mereka.


Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Antara Islam, Sosialisme dan Komunisme

(sumber gambar:  https://id.wikipedia.org/wiki/Berkas:PKI-1925-Commisariate_Batavia.jpg ) Ditulis oleh Muhammad Rezeki Febriyadi, 9 Jun 2019 di Kompasiana Kejadian malam jahanam yang bertepatan pada tanggal 30 September 1965 yang dilakukan oleh Partai Komunis Indonesia (PKI) membuat bangsa Indonesia mengalami trauma sejarah yang sangat mendalam terhadap aliran Sosialisme dan Komunisme. Bahkan banyak yang menganggap aliran Sosialisme dan Komunisme ini sangat bertentangan dengan Islam. Sebenarnya sebelum kita berpikir yang tidak-tidak terhadap dua paham tersebut, seharusnya kita meneliti dahulu apa itu Sosialisme, aliran Sosialisme dan tujuan Sosialisme itu sendiri, apakah itu bertentangan dengan Islam atau tidak dan begitu pula dengan Komunisme. Kata Sosialisme berasal dari socius kata Latin yang artinya teman dan Sosialisme sendiri dapat diterjemahkan menjadi persaudaraan manusia (H. Van Der Mandere, politieke encyclopedie, 1949). Sosialisme sendiri sebenarnya pada masa sekarang

Hubungan antara Islam dan Sosialisme (Syed Farid Alatas)

  (Syed Farid Alatas) Ditulis oleh Syed Farid Alatas dan disiarkan di Free Malaysia Today, bertarikh 23 September 2020 Islam tidak menentukan sistem atau aturan ekonomi politik yang seharusnya diamalkan umatnya. Yang ditentukan dan digalakkan Islam adalah suatu sistem adab dan akhlak yang seharusnya menggarisbawahi mana-mana dan setiap sistem ekonomi politik yang didirikan masyarakat Islam. Dalam sejarah Islam, wujud pelbagai sistem ekonomi politik dari zaman Rasulullah hingga sekarang. Pada awal perkembangan masyarakat Islam di Mekah dan Madinah, sistem ekonomi politiknya terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 jenis, iaitu sistem atau ragam pengeluaran komoditi skala kecil dan ragam pengeluaran pengembara pastoral. Pada zaman Khilafah Uthmaniyah, Empayar Safawiyah dan Kesultanan Melaka pada zaman pra-moden, sistem ekonomi politiknya dicirikan, pada umumnya, oleh ragam pengeluaran perlungguhan. Pada zaman sekarang pula, kebanyakan negara Islam mengamalkan sistem kapitalisme atau ragam p

Kassim Ahmad, sosialis tegar, Muslim yang tidak difahami

Oleh: Soo Wern Jun (Disiar di FMT) 22 Jan 2018 PETALING JAYA: Ahli politik veteran, Dr Syed Husin Ali masih ingat perbualannya dengan Kassim Ahmad, ketika kedua-dua mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1970-an. Sabtu lalu, Syed Husin mengenang semula tokoh itu pada sebuah majlis mengingati Kassim, yang meninggal dunia Oktober lalu. Menurutnya, pandangan politik dan agama cendekiawan kontroversi itu menjadi lebih radikal ketika ditahan di bawah ISA. Dr. Syed Husin Ali (2 dari kiri) bersama panelis lain pada majlis mengenang Kassim Ahmad, di kedai buku Gerakbudaya di Petaling Jaya, pada 20 Jan, 2018. Syed Husin ditahan di pusat tahanan ISA di Kamunting, Perak, selama 6 tahun dari 1974. Kassim ditangkap kira-kira 2 tahun kemudian dan dibebaskan pada 1981, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. Di Kamunting, Syed Husin dan Kassim kerap mengadakan perbincangan panjang, dan mereka juga tidak setuju