(artikel dari IRF) June 25, 2018 by Ahmad Nabil Amir “Saya tidak dapat melupakan Allahyarham H.O.S. Tjokroaminoto yang mulai menunjukkan pandangan Islam dari segi ilmu pengetahuan Barat, ketika beliau mengajarkan “Islam dan Sosialisme” kepada kami ketika saya datang ke Yogyakarta pada tahun 1924.” [Hamka, Falsafah Hidup , vii] Haji Umar Said Tjokroaminoto (1882-1934) dilahirkan pada 16 Ogos 1882 di desa Bakur, Madiun, Jawa Timur. Beliau merupakan seorang pelopor dan pemimpin utama dalam Sarekat Islam (1912), dan telah memainkan peranan penting dalam mengembang dan memperluaskan pengaruhnya yang berhasil membawa Sarekat Islam sebagai organisasi pergerakan nasional yang terbesar pada masanya, yang telah meninggalkan kesan yang menentukan dalam sejarah perjuangan bangsa, dengan ketinggian aspirasi dan filsafat sosial yang mengilhamkan yang diusungnya. Latar Belakang H.O.S. Tjokroaminoto merupakan anak kedua daripada dua belas bersaudara. Merupa...